Syeikh Mutawalli Assya'rawi dan Habib Umar Bin Hafidz |
Dikisahkan dan dipetik dari syarahan yang disampaikan oleh
Sayyidil Habib Umar bin Hafidz, Pengasuh Darul Mustafa Hadhramaut Yaman
Dikisahkan pada suatu hari ada seorang lelaki yang bekerja
di sebuah hotel yang biasa menyajikan arak dan menjual barang-barang syubhat
bertemu dengan Syaikh Mutawali asy-Sya’rawi rahimahullah.
Kemudian Syaikh asy-Sya’rawi menyuruh lelaki tadi untuk
berhenti bekerja di hotel tersebut. Akan tetapi lelaki ini beralasan bahwa dia
terpaksa bekerja di hotel itu kerna ingin menyara ahli keluarganya dan untuk
membayar hutangnya.
Syaikh asy-Sya’rawi kemudian berkata, “Wahai anakku, Allah Subhanahu
wa Ta’ala berfirman:
Barangsiapa yang bertaqwa kepada
Allah maka Allah akan menunjukan kepadanya jalan keluar dari kesusahan (Qur’an
Surah Ath-Thalaq:2)”. Lalu Syaikh bertanya kepada lelaki itu, “Adakah
Allah menyebut taqwa dahulu atau jalan keluar dahulu?”. “Allah menyebut taqwa
dahulu,” jawab si lelaki itu.
Syaikh pun berkata, “Jadi kenapa kamu mahu mencari jalan
keluar dahulu sebelum taqwa? Kenapa duduk di tempat mungkar ini untuk mencari
jalan keluar dahulu, kemudian baru bertaqwa? Kamu semestinya bertaqwa dahulu
dan kemudian pasti Allah akan menunjukan kamu jalan keluar”. Setelah
mendengarkan nasihat Syaikh asy-Sya’rawi maka lelaki ini pun setuju. Dia
meninggalkan pekerjaannya dengan gajinya yang tinggi di hotel tersebut.
Tak lama kemudian, ada seseorang datang bertemu dengan
lelaki ini dan menawarkannya sebuah pekerjaan sebagai pengurus di hotel yang
berada di Madinah Al Munawwarah berdekatan dengan makam Nabi Muhammad
Rasulullah ï·º. Pekerjaan
barunya ini ternyata lebih baik dan hutang-hutangnya pun selesai dilunaskan
disebabkan dia mahu mendengarkan nasihat Syaikh asy-Sya’rawi dulu, . “Yang mana
lebih dahulu, taqwa atau jalan keluar?”. Utamakan taqwa dahulu dan Allah akan
memberi jalan keluar. Apakah kamu hendak mencari jalan keluar sedang kamu dalam
keadaan ingkar kepada Allah? Kegilaan apa ini? “Siapa yang bertaqwa kepada Allah,
maka Allah akan menunjukan jalan keluar”.
Sumber : dar-almusthafa.blogspot.co.id
0 Comments